Wednesday, March 7, 2012

Alhamdulillah :)

Result aku dah keluar
Alhamdulillah. Aku dapat keputusan yang agak baik.
Agak memuaskan hati
Aku dapat 1A- 2B+ 1C
A- tu geografi
Aku tak pernah expect pun nak dapat result macam tu
Time exam pun baru sekali je pass 
Tu pun masa percubaan aje
Berkat aku ikut cakap cikgu kot. hehe
Geografi Manusia aku dapat A
Happy sungguh Ckgu Herman tadi
Sampai menangis
Student dia yg bebal ni pun dapat A! hahahaha
Takdelah bebal. Aku tak bebal okay. Aku pandai.
Pandai memandai. Hahaha
Geografi Fizikal pulak aku dapat B.
Pun kira okay sangat
Tapi tadi tak sempat jumpa Ckgu Fadilah
Nak ucap terima kasih sebab selalu teriak dekat telinga aku kalau aku salah jawab soalan dia
Terima kasih jugak sebab selalu kutuk graf aku tak cantik
Terima kasih atas semuanya Cikgu :)

Untuk subjek Pengajian Am pulak aku dapat B+
Kertas Satu aku dapat A
Kertas Dua yang spoil
Dapat C+ je
Tapi wajarlah tuu
Esei bahagian B & E tunggang langgang. Haha

Kalau subjek BM pulak aku dapat B+ jugak
Kertas satu dapat A
Kertas dua dapat B
Aku target subjek ni dapat A
Tapi tak apelah
Atleast paper 1 aku dapat A
Cikgu Masloni selalu marah aku sebab aku asyik tak masuk kelas dia
Kelas dia hari Isnin & Jumaat
Hari yg sungguh afdal untuk memontengkan diri
Saya dah buktikan cikgu
Saya tak seperti yang cikgu anggap
Tapi terima kasih banyak untuk Ckgu Masloni & Ckgu Masihon

Subjek yang aku dapat paling rendah
Subjek Sejarah
Aku tak tahulah apa yang jadi masa exam hari tu
Sejarah jugak subjek yang aku target nak score
Aku tak dapat score :(
Sorry Ckgu Mehat
Cikgu Soffian, akhirnya saya lulus jugak paper sejarah 2
Alhamdulillah
Terima kasih cikgu

Daripada 8 kertas yang aku jawab
Aku dapat 3A
Yang B tu aku tak ingatlahh

Sekarang aku tengah confuse nak sambung apa dekat degree nanti
Tapi hati aku nak sambung Degree In Geography
Tapi kos tu tak ada dekat Unimas
Aku nak dekat Unimas je
Dekat
Kita tengok je lahh macamana nanti

No comments: